Mengenai eSTK
eSTK adalah singkatan kepada Sistem Tapisan Keutuhan elektronik. Sistem ini berperanan untuk menguruskan proses tapisan keutuhan yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk kegunaan jabatan kerajaan, kementerian kerajaan, syarikat bukan kerajaan (GLC), syarikat swasta, persatuan, kelab dan lain-lain pertubuhan. eSTK diwujudkan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses permohonan tapisan keutuhan kepada SPRM secara elektronik tanpa melibatkan penghantaran permohonan secara fizikal.
Tapisan Keutuhan yang dilaksanakan oleh SPRM adalah berdasarkan kepada Pekeliling Am Sulit 1/1985. Ia melibatkan lima (5) jenis tapisan yang merangkumi urusan Kenaikan Pangkat, Bersara Pilihan, Tapisan Am, Pengurniaan Pingat Persekutuan dan Pingat Negeri. Bermula 1 Januari 2013, selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 tahun 2012, SPRM juga telah melaksanakan proses Tapisan Keutuhan bagi urusan berkenaan. Ia seiring dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi.
Statistik Tapisan Keutuhan Tahun Semasa
Pengumuman
Tiada pengumuman
Bantuan
Bil. | Nama Pegawai Bantuan | No. Tel. | Emel @sprm.gov.my | ||
---|---|---|---|---|---|
Tiada data |